Senin, 25 April 2011

Dzikir dan Keutamaannya


DZIKRULLAH DAN FADHILAH-FADHILAHNYA

Oleh : Drs. Hamzah Johan Al-Batahany

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا(41)
Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. (Al-Ahzab:41)

            Menurut Prof.DR. Hasby Ash-shidqy : “Dzikir ialah menyebut Allah dengan membaca tasbih (subhanallah), membaca tahlil (la ilaha illallah ), membaca tahmid (alhamdulillah), membaca taqdis (quddusun), membaca takabir ( Allahu Akbar), membaca hauqolah ( la haula wala quwwata illa billah), membaca hasbalah (hasbiyallahu), membaca basmalah ( bismillahirrahmanirrahim), membaca Al-Qur’anul Majid dan membaca do’a-do’a yang ma’tsur, yaitu do’a-do’a yang diterima dari Nabi SAW.”
            Menurut Al-Hafizh dalam Fathul Barri, Dzikir itu ialah: “Segala lafazh (ucapan) yang disukai para ummat membacanya dan membanyakkan membacanya, untuk menghasilkan jalan, mengingat dan mengenang Allah, seperti lafazh-lafazh Al-Baqyyatush Sholihaatu, yaitu: “Subhanallahi, Walhamdulillahi, walaa ilaahaillah, wallahu akbar
            Dari ta’rif Dzikir tersebut dapat kita simpulkan, bahwa dzikir itu adalah “semua sebutan thayyibah yang membawa ingat kepada Allah, baik sebutan dalam hati maupun sebutan lisan “

            Dzikrullah itu memiliki fadhilah yang cukup banyak. Kita coba menyebutkannya satu per satu.

  1. Fadhilah Tasbih, Tahmid, Tahlil dan Takbir
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ  Dua kalimah yang ringan di mulut,
ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ   tetapi berat ditimbangan,
حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ  serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ العَظِيمِ

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membaca: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ dalam sehari sebanyak seratus kali, nescaya dia mendapat pahala sebagaimana memerdekakan sepuluh orang hamba. Dia juga diampunkan seratus kejahatan, dibuat untuknya benteng sebagai pelindung dari syaitan pada hari tersebut hingga ke petang. Tidak diganjarkan kepada orang lain lebih baik daripadanya kecuali orang tersebut melakukan amalan lebih banyak daripadanya. Manakala mereka yang berkata: سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ dalam sehari sebanyak seratus kali nescaya terhapuslah segala dosanya sekalipun dosanya itu banyak seperti buih di lautan *
      Sebahagian ulama berpendapat; yang terhapus itu adalah dosa-dosa kecil

Menurut suatu riwayat:
Pada suatu pagi  Nabi keluar dari rumah Juwairiah, isteri beliau, sesudah beliau shalat shubuh. Ketika Nabi keluar, Juwairiah berada dalam mesjid tempatnya shalat. Kemudian setelah matahari tinggi, Nabi kembali kerumah Juwairiah, maka beliau dapati Juwairiah, masih duduk juga di tempat shalatnya tadi. Maka bertanyalah Nabi kepadanya: “Engkau masih dalam keadaan tadi juga ? Jawab Juwairiah:”Benar ya Rasulullah”. Maka kata Rasulullah:”Aku hanya mengucapkan 4 kalimat, 3 kali banyaknya. Ucapanku itu sama timbanganya dengan segala bacaan yang telah engkau lakukan sejak tadi hingga sekarang ini. Kalimat yang 4 itu ialah;
سُبْحَانَ اللَّهِ عَدَدَ خَلْقِهِ .سُبْحَانَ اللَّهِ رِضَا نَثْسِهِ  .سُبْحَانَ اللَّهِ زِنَةَ عَرْشِهِ . سُبْحَانَ اللَّهِ مِدَادَ كَلِمَتِهِ
“Maha suci Allah sebanyak makhluknya,  Maha Suci Allah seridho diri-Nya, Maha Suci Allah setimbang ‘Arasy-Nya , Maha Suci Allah sebanyak kalimat-kalimat-Nya. (HR. Muslim)

  1. Fadhilah Hauqolah
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan, para Sahabat bertakbir dengan suara yang cukup kuat lalu baginda bersabda: Wahai umatku! Perlahankanlah suara kamu. Sesungguhnya kamu bukannya berdoa kepada mereka yang buta ataupun ghaib, akan tetapi kamu sedang berdoa kepada yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat dan Dia bersama kamu. Abdullah bin Qais berkata: Ketika itu aku berada di belakang baginda sambil menyebut لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ lantas baginda bersabda: Wahai Abdullah bin Qais! Inginkah kamu aku tunjukkan sebuah gedung Syurga؟ Aku menjawab: Tentu sekali, wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Sebutlah لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ * (HR. Bukhari, Muslim)

  1. Fadhilah Hasbalah
الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ(173فَانْقَلَبُوا بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ لَمْ يَمْسَسْهُمْ سُوءٌ وَاتَّبَعُوا رِضْوَانَ اللَّهِ وَاللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَظِيمٍ(174)
(Yaitu) orang-orang (yang menta`ati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."
Maka mereka kembali dengan ni`mat dan karunia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. Dan Allah mempunyai karunia yang besar (Ali Imran: 173-174)

  1. Fadhilah Basmalah
Bersabda Nabi saw: “Tiap-tiap urusan penting berharga, menjadi putus berkatnya jika tidak dimulai dengan ucapan : Bismillahirrahmanirrahim”
  1. Fadhilah  Majlis Zikir          
1573 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang banyak yang hadir dalam majlis tersebut pergi, para malikat naik ke langit. Nabi bersabda: Allah s.w.t bertanya pada malaikat sedangkan Allah mengetahui pergerakkan mereka dengan firmanNya: Dari mana kamu datang؟ Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon pada-Mu. Allah s.w.t berfirman: Apakah yang mereka mohonkan؟ Para Malaikat menjawab: Mereka memohon Syurga dariMu. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat SyurgaKu؟ Para Malaikat menjawab: Belum, wahai Allah . Allah berfirman: Bagaimanakah sikap mereka seandainya mereka pernah melihat SyurgaKu؟ Para Malaikat berkata tentang masalah lain: Mereka juga memohon daripadaMu perlindungan. Allah berfirman: Mereka mohon perlindunganKu dari apa؟ Para Malaikat menjawab: Dari NerakaMu, wahai Allah. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat NerakaKu؟ Para malaikat menjawab: Belum. Allah berfirman: Bagaimanakah sikap mereka seandainya mereka pernah melihat NerakaKu. Para Malaikat terus berkata tentang yang lain lagi: Mereka juga memohon keampunanMu. Allah berfirman: Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka mohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka mohonkan. Para Malaikat berkata lagi: Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hambaMu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang banyak yang berada di majlis itu. Baginda bersabda: Allah berfirman: وَلَهُ غَفَرْتُ هُمُ الْقَوْمُ لَا يَشْقَى بِهِمْ جَلِيسُهُمْ Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan *

فَوَيْلٌ لِلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ أُولَئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ(22)
Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata. (Az-Zumar:22)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar